JULAI 2023

PETROS Sumbang Dana RM1 Juta Kepada UNIFOR


KUCHING: Lembaga Amanah Unit Agama-agama Lain (UNIFOR) merancang untuk memperluaskan programnya kepada sosioekonomi tidak lama lagi, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR berkata, untuk menjayakan program itu, UNIFOR memerlukan dana.

UNIFOR sambal membantu membangun dan menyelenggara pelbagai rumah ibadah, lembaga amanahnya boleh fokus kepada program sosioekonomi untuk membantu mereka yang memerlukan, katanya semasa menerima cek bernilai RM1 juta daripada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) untuk lembaga amanah itu di sini.

Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo menyampaikan cek berkenaan kepada Uggah sambal disaksikan pengarah-pengarah Lembaga Amanah UNIFOR termasuk Timbalan Premier, Dato Sri Sim Kui HIan, Dato Ir. Janang Bungsu dan Pengarah UNIFOR, Jack Aman.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PETROS, Juanin Girie dan Naib Presiden Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat PETROS, Ismail Said.

Uggah berharap lebih banyak sektor swasta tampil menyumbang dana kepada Lembaga Amanah UNIFOR.

“Sumbangan daripada PETROS hari ini adalah sebagai langkah permulaan,” katanya.

Hamid Bugo sementara itu berkata, PETROS menzahirkan rasa gembira kerana dapat memberi sumbangan bagi membantu UNIFOR menjayakan tanggungjawabnya.

“Saya berharap sengan sumbangan ini, UNIFOR dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan,” tegas beliau.

Sumber dari : Jiwa Bakti